Thursday, November 17, 2011

Cuti Sekolah?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam satu Malaysia.

Tajuk entri saya hari ini cuti sekolah.Cuti sekolah?Oh,semua insan yang bergelar pelajar amat mahukannya.Mengapa?Untuk merelekskan otak yang dah tepu berisi dengan segala mata pelajaran dan juga kerana malas belajar.Saya?Walaupun saya selalu mendapat tempat pertama di dalam kelas tidak bermakna saya juga tidak mahukan cuti sekolah.Seperti yang saya katakan tadi,setiap insan yang bergelar pelajar pasti mahukan cuti sekolah seperti orang yang bekerja yang hendak cuti kerana hendak merehatkan otak yang sudah sakit kerana seharian menghadap komputer.Nasib baik rupa tak jadi macam komputer.Hihihi (aksi pontianak mengilai).

Heee....Seram la pulak...Dahlah malam ni,malam Jumaat.Malam yang mulia and seram...Hish!Janganlah cakap pasal seram2 ni,nanti jadi lagi seram.Tengok!Bulu roma saya pun dah meremang!Oh,saya ni memang spesies yang suka berterus-terang.Yalah,saya tak suka orang hipokrit tapi kita tak boleh berterus-terang sangat...Heheh...Dah lari topik dah ni...Tentang cuti sekolah...Hmm...Saya rasa mesti ramai yang dah plan mana nak bercuti...Switzerland ke,London ke,Sweden ke,California ke,amboi,jauh betul angan2.Bagai jarak di antara planet Bumi dan planet Zuhal.Tapi saya?Saya tak pergi mana2.Kenapa?Saya pun tak tahu.Tapi,tak kisah pun...Sebab,bolehlah tiap2 hari saya bangun lambat.Tapi kenalah solat Subuh juga...Selepas solat Subuh?Zzzzzzzzzzzz......Orang kata,kalau kita solat Subuh,Insya-Allah murah rezeki tapi kalau selepas solat Subuh,dok tidur,kurang rezeki.Betul ke?Saya pun tak tahu.-..-

Saya pun dah rasa mengantuk.Ya Allah....Mengantuknya...Bye...

Yang Ikhlas,
Aishah Nadhirah Bt Meor Radzuan @ Isha R.